Samosir, bidikkasusnews.com - Program Global Leadership Through Volunterism : Culvating Academic and Social Skills in Students merupakan program kerjasama mahasiswa antar bangsa, program yang melibatkan usaha dan kerjasama antar Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan (SMKPK) bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan (HEP KPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program yang dilaksanakan selama empat hari yang dimulai sejak tanggal 17/11 hingga 20/11/2024, seluruh kegiatan ini mendapat dukungan penuh dari Konsulat Jenderal Malaysia di Medan dan Universitas Sumatera Utara yang turut berkolaborasi dalam rangkaian kegiatan pengabdian masyarakat yang diadakan mulai sejak di Medan sampai di Pulau Samosir.
Program ini merupakan inisiatif Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan (SMKPK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam melibatkan mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) untuk melahirkan pemimpin yang mampan dan proaktif dalam kepimpinan di tingkat antara bangsa.
Melalui program ini, pertukaran idea kepimpinan dapat dijalankan bersama Badan Perwakilan Mahasiswa di masing masing Universitas yang dipilih. Program ini menjadi medium nilai tambah sebagai suatu bentuk benchmarking di antara universitas yang terlibat dalam pembangunan kepimpinan mahasiswa. Selain itu mendekatkan lagi hubungan universitas bersama komuniti (masyarakat).
Penasihat Program di peringkat antar bangsa yakni i Prof. Madya Ir Ts Dr Hjh Norbaya Sidek yang juga merupakan Ketua Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar KPK menyatakan, "program ini dapat menerapkan 4 aspek komponen yang penting yaitu ; Lawatan Akademik dan Program Pemantapan Kepimpinan, Engineering Based Project, Komuniti Servis dan Jelajah Sejarah. Program sebegini amat baik dalam meningkatkan lagi pengurusan tadbir urus kepimpinan organisasi terutama bagi para pemimpin Kelab & Persatuan Pelajar disamping memastikan pemimpin pelajar yang senantiasa proaktif dan berdaya saing dalam mendepani cabaran globalisasi. Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara universiti, pihak kerajaan dan juga komuniti yang terlibat.
Yang Dipertua Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan, Saudara Irfan Aniq Bin Azrul yang juga merupakan Pengarah Program menyatakan terdapat 30 peserta yang terdiri dari 9 Persatuan dan Kelab yang terlibat yaitu Sekretariat Mahasiswa Kolej Pengajian Kejuruteraan (SMKPK), Institute Engineer Malaysia (IEM) UiTM Shah Alam Student Section, Society of Petroleum Engineers (UiTM Student Chapter), Concrete Society Malaysia (CSM), Civil Outdoor Club (COC), ISARC, PSSKM dan IC DIDIK menyertai program yang julung kali diadakan di bumi Medan ini.
Selain dari lawatan akademik di dua univesitas pada Minggu, 18/11 rombongan turut membuat kunjungan hormat kepada Tuan Shahril Nizam Abdul Malek, Konsul Jenderal Malaysia serta Tuan Muhammad Amir Azam, Konsul di Konsulat Jenderal Malaysia di Medan.
Sehari sebelumnya yakni pada Sabtu, 17/11, Lawatan muhibbah Delegasi UITM ke Desa Denai Lama bagi mengadakan aktivitas kemasyarakatan dan kebudayaan. Para mahasiswa berpeluang melalui pengalaman berharga dengan suasana kehidupan desa di zaman dahulu.
Seterusnya pada Senin, 19/11, aktivitas CSR dijalankan di Desa Hutaraja dan Desa Hariara Pohan di Samosir. Di sini Dekan HEP KPK, Prof Azlina Idris telah mewakili Kolej Pengajian Kejuruteraan menyerahkan sumbangan lampu solar dan para mahasiswa UiTM dan USU bergabung tenaga untuk aktiviti pengabdian masyarakat sumbangan dari Universiti Teknologi MARA dengan kolaborasi Konsulat General Malaysia dan Universiti Sumatera Utara.
Selain dapat menikmati dan melihat kemeriahan dan kepelbagaian budaya selama 4 hari berada di Medan dan di Samosir, para peserta juga berjaya membuat persembahan tarian traditional yang mempamerkan tarian dari pada Borneo, Joget , Inang, Tarian kipas bangsa Cina dan Tarian bangsa India. Persembahan yang diwakili oleh 10 pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan telah mendapat sambutan yang baik dan meriah dari pada penduduk setempat di dua desa yang dikunjungi.
(Bastian Simbolon)
Komentar